MAKLUMAT TUNAI WAKAF BANK RAKYAT - YAYASAN WAQAF MALAYSIA
LATAR BELAKANG
a. Merupakan satu kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Bank Rakyat dengan mewujudkan satu produk wakaf yang baharu iaitu Tunai Wakaf Bank Rakyat - Yayasan Waqaf Malaysia.
b. Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 22 Oktober 2020.
TUJUAN PELAKSANAAN
a. Tunai Wakaf Bank Rakyat - Yayasan Waqaf Malaysia ini menggunakan konsep di mana pewakaf menyerahkan sejumlah wang untuk dikekalkan wang tunai tersebut sebagai ayn wakaf. Wang tunai ini kemudiannya akan dilaburkan dalam produk-produk perbankan patuh syariah dan hasil yang diperolehi akan diiktibarkan sebagai dana manfaat wakaf.
b. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tabungan dana wakaf dan mengoptimumkan hasil pelaburan dana wakaf pokok. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hasil dana manfaat wakaf yang akan turut akan dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan.
c. Bagi tujuan pelaksanaan kerjasama ini, Bank Rakyat telah menawarkan dana wakaf sebanyak RM1 juta sebagai matching grant di mana bagi setiap ringgit yang disumbangkan oleh pewakaf individu ke platform yang disediakan oleh Bank Rakyat, Bank Rakyat akan mewakafkan pada nilai yang sama kepada Dana Wakaf Tunai ini.
KAEDAH MENYUMBANG
Masyarakat boleh turut sama dalam produk Tunai Wakaf Bank Rakyat - YWM ini dengan kaedah di bawah:
a. Melalui pembayaran secara terus ke akaun bank YWM melalui Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad di 1101- 68 - 5804
b. Melalui platform ToyyibPay di bawah. Klik sekarang!
c. Setiap sumbangan wakaf di YWM layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)
TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!
Kongsi Kongsi