MAKLUMAT TABUNG KUTIPAN DANA WAKAF TUNAI PROJEK HASSAN (EKOSISTEM SMART SAWAH)

LATAR BELAKANG

a. Tabung Kutipan Dana Wakaf Projek Hassan (Ekosistem Smart Sawah) merupakan projek melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

b. Tujuan ditubuhkan adalah selaras dengan polisi Kerajaan Malaysia berkaitan sekuriti makanan, iaitu peningkatan pengeluaran makanan domestik melalui sokongan dalam bentuk insentif, bantuan kewangan kepada petani dan pengusaha pertanian serta pembangunan infrastruktur yang diperlukan seperti kilang, pasar, gudang, dan sistem logistik yang lebih cekap.

c. Kerjasama ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia Siri 46 Bil. 2/2024 pada 16 Oktober 2024.

TUJUAN PELAKSANAAN

Wakaf ini bertujuan untuk membiaya aset-aset berkaitan Projek Hassan khususnya pembangunan kilang padi wakaf bagi mempertingkatkan kapasiti pengeluaran beras.

KAEDAH MENYUMBANG

a. Masyarakat boleh turut sama dalam Wakaf Tunai Projek Hassan (Ekosistem Smart Sawah), dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Projek Hassan (Ekosistem Smart Sawah). Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.

c. Setiap sumbangan wakaf di YWM layak mendapat potongan cukai pendapatan sebanyak 10% daripada pendapatan agregat di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.


Kongsi Kongsi