MAKLUMAT TABUNG WAKAF MASJID HIJAU
LATAR BELAKANG
a. Tabung Wakaf Masjid Hijau merupakan produk wakaf yang diwujudkan melalui kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
b. Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 14 Oktober 2021.
TUJUAN PELAKSANAAN
Wakaf Masjid Hijau ini merupakan sumber pendanaan bagi projek-projek pembangunan masjid-masjid di Malaysia yang berasaskan teknologi hijau serta menyebar luas kepentingan gaya hidup hijau terutamanya di kalangan ahli kariah masjid dan masyarakat setempat, antaranya:
a) penukaran kepada lampu light-emitting diode (LED) dari dana manfaat;
b) penukaran kepada kipas atau penghawa dingin yang cekap tenaga;
c) pemasangan Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH);
d) penukaran kepada pili cekap air;
e) penyediaan kiosk pengumpulan barang kitar semula;
f) pembangunan kepada tenaga elektrik melalui Tenaga Boleh Baharu;
g) pembangunan kepada bekalan air melalui sumber alternatif;
h) pembelian barang kelengkapan dan produk hijau yang diiktiraf MyHijau Mark;
i) pembangunan kebun komuniti di kawasan masjid; dan
j) penukaran peralatan teknologi hijau terkini selain item (a) hingga (g) di atas.
IMPAK TABUNG WAKAF MASJID HIJAU
Impak Wakaf Masjid Hijau adalah seperti berikut:
a. Aspek ekonomi: Pengurangan beban kos operasi masjid/surau dan pengurangan beban penggunaan tenaga dan air di masjid/surau yang semakin meningkat di samping membuka peluang baharu kepada syarikat pembekal untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam mempromosi teknologi hijau.
b. Aspek Alam Sekitar: Kelestarian alam sekitar dapat dipertingkatkan dengan menyumbang kepada sasaran pengurangan intensiti pengeluaran gas rumah kaca (GHG) berbanding KDNK sebanyak 45% menjelang tahun 2030 berbanding tahun 2005
c. Aspek Sosial/Komuniti: Memupuk kesedaran masyarakat dengan menanamkan budaya gaya hidup hijau. Selain itu, fungsi masjid/surau dapat dikembangkan ke arah pendidikan mengenai kelestarian alam sekitar, kerjasama antara syarikat swasta dan rumah ibadat serta membuka lebih banyak peluang untuk program Tanggungjawap Sosial Korporat dan ESG.
KAEDAH MENYUMBANG
a. Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Wakaf Masjid Hijau, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.
b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Wakaf Masjid Hijau. Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.
c. Masyarakat juga boleh menyumbang secara tunai ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun 2124-576004-6138
d. Setiap sumbangan wakaf di YWM layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)
TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!
JUMLAH KUTIPAN (SEHINGGA 31 JULAI 2024) : RM302,758.22
BAKI TERKINI (SEHINGGA 31 JULAI 2024) : RM112,758.22
Kongsi Kongsi