MAKLUMAT TABUNG CAKNA ARMALAH

LATAR BELAKANG

a. Tabung Cakna Armalah merupakan sebuah insiatif pewujudan tabung dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad. Berpaksikan kutipan melalui wakaf tunai, tabung ini telah diwujudkan bagi menyantuni dan memenuhi keperluan golongan disasarkan iaitu golongan armalah.

b. Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 14 Oktober 2021.

TUJUAN PELAKSANAAN

a. Tabung Cakna Armalah merupakan satu tabung yang akan memberi fokus kepada penjanaan dana wakaf tunai bagi menyantuni golongan armalah iaitu ibu tunggal dan janda / balu. Kedudukan golongan armalah ini adalah amat penting dan telah diberikan perhatian khusus di dalam Syara' melalui panduan Al-Quran dan Sunnah.

b. Justeru, dengan kerjasama in YWM akan memberi fokus kepada perkara-perkara seperti pendanaan dana, penghasilan program dan aktiviti sosio-ekonomi, pengagihan bagi tujuan mengimbangi keperluan asas hidup dan juga menyantuni golongan armalah kurang upaya (OKU).

KAEDAH MENYUMBANG

a. Masyarakat boleh turut sama dalam pelaksanaan Tabung Cakna Armalah, dengan berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia.

b. Di pilihan ‘Jenis Wakaf’, masyarakat hanya perlu memilih ‘Wakaf Khas / Projek (WK) dan memilih Tabung Cakna Armalah. Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini.

c. Setiap sumbangan wakaf di YWM layak mendapat potongan cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

d. Untuk kaedah pewakafan terus ke akaun bank YWM, YWM akan memaklumkannya dari semasa ke semasa

KAEDAH MEMOHON DANA TABUNG WAKAF ARMALAH

a. Untuk memohon dana Tabung Wakaf Armalah KLIK SINI

“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!

JUMLAH KUTIPAN (SEHINGGA 31 DISEMBER 2022) : RM111,560.49

BAKI TERKINI (SEHINGGA 31 DISEMBER 2022) : RM2,232.83


Kongsi Kongsi