KEMPEN SOLIDARITI WAKAF SEJUTA AL-QURAN
LATAR BELAKANG
Al-Quran ialah kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab, menerusi perantaraan Malaikat Jibril AS, disampaikan kepada umat Islam secara mutawatir, membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas. Allah SWT juga telah menjamin untuk memelihara kitab suci agama Islam ini hingga hari Kiamat. Bagi setiap umat Islam, menjaga kesucian Al-Quran merupakan satu kewajipan.
TUJUAN PELAKSANAAN
Kempen Solidariti Wakaf Sejuta Al-Quran ini dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai satu bentuk tindak balas terhadap provokasi dan tindakan pembakaran kitab suci Al -Quran di Sweden. Pelaksanaan kempen ini diterajui oleh YB Senator Dato’ Dr. Haji Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Restu dan Yayasan Waqaf Malaysia sebagai usaha bersama dalam menyebarkan keindahan agama Islam dengan sasaran untuk mencetak sejuta Al-Quran dalam pelbagai bahasa seterusnya diedarkan ke seluruh dunia.
KAEDAH MENYUMBANG
Pendekatan ini lebih bermanfaat sebagai langkah menyebarkan kefahaman mengenai al-Quran supaya kandungannya dapat dihayati semua pihak tanpa mengira latar belakang fahaman dan agama. Ayuh rebut ganjaran pahala dengan mewakafkan tunai sebanyak RM38 bagi senaskhah Al-Quran. Anda boleh berwakaf di Yayasan Waqaf Malaysia melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad - 16018010019680 atau melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia
“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)
TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!
Kongsi Kongsi