MAKLUMAT myWaqafPTPTN
myWaqafPTPTN adalah produk kerjasama strategik antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 19 Disember 2023.
Menerusi kerjasama ini, semua terimaan dana wakaf myWaqafPTPTN akan diuruskan oleh YWM dan dana wakaf tersebut akan dilaburkan di dalam portfolio pelaburan patuh Syariah. Hasil pelaburan (manfaat wakaf) kemudiannya akan diagihkan kepada benefisiari terpilih dalam bentuk biasiswa pendidikan tinggi.
Penerima manfaat myWaqafPTPTN adalah mahasiswa daripada golongan B40, M40 dan asnaf, tidak terhad kepada yang beragama Islam sahaja. Mahasiswa ini layak membuat permohonan dan melalui proses saringan yang ditetapkan.
Sebagai tanda penghargaan kepada inisiatif ini, mahasiswa yang telah berjaya digalakkan untuk menyumbang semula dalam myWaqafPTPTN bagi menyemarakkan lagi semangat berwakaf di kalangan mahasiswa yang lain, seterusnya membantu pertumbuhan sektor pendidikan negara.
Setiap sumbangan kepada myWaqafPTPTN layak mendapat potongan cukai 10% daripada pendapatan agregat di bawah subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
1. Masyarakat boleh berwakaf secara tunai melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia di sini dengan memilih myWaqafPTPTN di dalam senarai ‘Wakaf Khas / Projek’. Tiada had nilai ditetapkan bagi tujuan pewakafan ini. Untuk kaedah pewakafan melalui Sistem Wakaf Tunai Malaysia, klik di SINI; atau
2. Masyarakat juga boleh membuat pindahan wang ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia di RHB Islamic Bank melalui nombor akaun
2-12457-6006259-1; atau
3. Imbas QR DuitNow di bawah untuk menyempurnakan pewakafan.
myWaqafPTPTN akan dipandu oleh Jawatankuasa Induk dan diselia oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Agihan serta Jawatankuasa Promosi dan Publisiti. Kesemua jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil YWM dan PTPTN.
Jom bersama kami memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan melalui myWaqafPTPTN!
TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!