AKADEMI KULINARI TERENGGANU

Akademi Kulinari Terengganu (AKT) adalah merupakan sebuah akademi latihan yang menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf yang dikenalpasti oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Ianya adalah merupakan kerjasama sinergi di antara MAIDAM, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan GIATMARA Malaysia. Para pelatih yang telah berjaya menamatkan pengajian di akademi ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dalam bidang yang berkenaan.

AKT telah dibangunkan oleh YWM melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2011 di atas tanah milik MAIDAM seluas lebih kurang 5 ekar di Pulau Kerengga Marang Terengganu. Setelah siap, YWM bersama pihak MAIDAM telah bekerjasama dengan pihak GIATMARA yang menyediakan tenaga pengajar, silibus latihan, persijilan dan juga elaun latihan bulanan kepada pelatih berasaskan strategi National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan.

Pembangunan AKT ini juga merupakan program bersepadu yang melibatkan instrumen wakaf dan zakat. Kedua-dua instrumen ini disepadukan untuk mencapai objektif pembangunan bagi mewujudkan pusat latihan kemahiran di atas tanah wakaf bagi melahirkan modal insan menjadi usahawan dan tenaga kerja yang berkemahiran daripada kalangan anak-anak asnaf melalui pembiayaan dana zakat. Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga seterusnya membantu pembangunan ekonomi negara sebagimana dasar Kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi tercapai.

AKT pada ketika ini hanya boleh menampung seramai 40orang pelatih pada satu-satu masa. Ianya dilengkapi dengan kemudahan bengkel latihan, pejabat, bilik warden, asrama, surau dan juga kios jualan. Sebanyak 18 modul dalam bidang Confectionary & Bakery yang melibatkan 20% teori dan 80% praktikal akan diajar dengan tempoh latihan selama 6 bulan. Bermula daripada tahun 2012 sehingga 2019, seramai hampir 372 anak-anak asnaf daripada negeri Terengganu telah berjaya menamatkan latihan di akademi ini.

SYARAT PERMOHONAN
  1. Rakyat negeri Terengganu yang menetap di Terengganu.
  2. Asnaf fakir miskin sahaja.
  3. Beragama Islam, baligh dan berakal.
  4. Terbuka kepada PEREMPUAN sahaja.
  5. Berumur dari 18 hingga 25 tahun.
  6. Berstatus bujang.
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Mempunyai minat dalam bidang pastry.
  9. Tempoh kursus selama 9 bulan (termasuk praktikal selama 3 bulan)
  10. Sihat tubuh badan
  11. Tidak menghidap penyakit kronik atau OKU anggota fizikal
  12. Pendaftaran yuran peperiksaan SKM RM100.00
PERMOHONAN
  • Permohonan secara atas talian http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  • Cetakan permohonan dan dokumen lengkap hendaklah dihantar ke Kaunter Ibu Pejabat MAIDAM Kuala Terengganu (Unit Agihan Zakat: 09-6303030) waktu pejabat.
ALAMAT AKADEMI
LOT 2466 BAZAR ASNAF,
HENTIAN REHAT MAIDAM,
PULAU KERENGGA,
21600 MARANG,
TERENGGANU DARUL IMAN.

SILIBUS PELAJARAN
KURSUS : CONFECTIONARY AND BAKERY

Kongsi Kongsi