JAWATAN KOSONG
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)
Bilangan kekosongan : Satu
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji Ditawarkan : • Gaji Pokok : RM1,493.00
• Elaun Tetap Perumahan: RM300.00
• Elaun Sara Hidup : RM350.00
• Elaun ITKA : RM160.00

Syarat Lantikan :
• Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
• lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
• memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan.

Diskripsi tugas :
• Melapor kepada Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah;

• Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah mengkoordinasi penglibatan YWM dalam dasar-dasar Kerajaan memfokuskan kepada pembangunan wakaf negara melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Rancangan Malaysia lima tahun, Agenda Pembangunan Bumiputera dan lain-lain yang berkaitan;

• Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah merancang dan melaksanakan program pembangunan hartanah wakaf dengan kerjasama JAWHAR, MAIN Negeri sebagai Pemegang Amanah Tunggal dan juga pemegang-pemegang taruh (stake holders) wakaf lain;

• Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah merancang dan melaksanakan program pembangunan wakaf dan bukan wakaf bagi tujuan menjana pendapatan kepada YWM;

• Menyediakan analisa kewangan (financial analysis) dan due deligence bagi cadangan Projek Wakaf Ekonomi;

• Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah mendapatkan input bagi menyediakan tatacara pengurusan bagi proses-proses yang berkaitan dengan pelaksanaan program-program dasar dan pembangunan YWM;

• Membantu menyediakan input bagi penyediaan kertas dasar untuk diangkat ke Jawatankuasa berkaitan;

• Membantu Eksekutif Kanan dan Eksekutif Syariah menyediakan input Bahagian bagi penyediaan Pelan Strategik dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) YWM;

• Membantu menyelaras mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan kerjasama dan lain-lain yang berkaitan;

• Membantu mengemaskini Fail Meja bahagian; dan

• Melaksanakan tugas-tugas umum pentadbiran Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM.

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap dengan gambar dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

b) Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Bahagian Pengurusan
Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya.

c) Tarikh tutup iklan ialah pada 9 Ogos 2024 (Jumaat).

CATATAN AM

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.

PENAFIAN

Iklan jawatan kosong ini semata-mata untuk tujuan pelawaan sahaja dan tidak membentuk sebarang komitmen yang mengikat dengan mana-mana pihak. YWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kekeliruan mengenai maksud iklan jawatan kosong ini. Keputusan pengambilan pekerjaan adalah sepenuhnya bergantung kepada Pengurusan YWM.

Kongsi Kongsi