Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf YWM Sempena Forum Perdana Hal Ehwal Islam
15-05-2025Langkawi, 15 Mei 2025 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah mengunjungi Kaunter Wakaf YWM yang dibuka di Masjid Aishah sempena Forum Perdana Hal Ehwal Islam.
YWM turut menghargai sumbangan para pewakaf yang telah menyertai program ini. Semoga segala sumbangan diberkati dan dikurniakan ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
Bagi mereka yang belum berkesempatan untuk berwakaf, sumbangan masih boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan www.ywm.gov.my/wakaf-online. Penyertaan wakaf juga boleh dibuat menerusi potongan gaji serendah RM1 sahaja.

TERKINI
Kongsi Kongsi