Aktiviti
Sentuhan Kasih YWM Buat Anak-Anak Istimewa di Langkawi
15-05-2025

Langkawi, 15 Mei 2025 – Sejurus selesai majlis rasmi di Istana Anak Bukit, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) meneruskan komitmen sosialnya dengan mengadakan lawatan ke Langkawi Autism Care Centre (LACC), sebagai tanda keprihatinan terhadap anak-anak istimewa yang memerlukan sokongan berterusan.

Sebanyak RM10,000.00 disumbangkan kepada LACC untuk pembelian alat terapi demi menyokong perkembangan dan kesejahteraan anak-anak autism di sini.

Sumbangan telah disampaikan oleh YB. Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM.

Turut hadir bersama di dalam majlis ini adalah YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBrs. Dr Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Moga sentuhan kecil ini menjadi jambatan besar untuk membina masa depan yang lebih cerah buat anak-anak syurga ini.

"Wakaf Membangun Malaysia MADANI"


Kongsi Kongsi