DASAR POLISI DAN PRIVASI
Halaman ini menerangkan mengenai dasar privasi yang merangkumi perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh para pengguna ketika melayari atau menggunakan aplikasi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) ini. Maklumat yang dikemukakan oleh pengguna melalui pendaftaran mahupun pemindahan sumbangan sewaktu transaksi yang dilakukan adalah rahsia dan tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga bagi memelihara privasi para pengguna.
KERAHSIAAN
Halaman ini tidak merekodkan maklumat peribadi melainkan sebagaimana yang dipohon bagi tujuan perekodan dan dokumentasi YWM. Setiap maklumat yang dikemukakan dan terkumpul di dalam pengkalan data aplikasi ini adalah dipelihara dan dilindungi selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
JENIS PENGEMUKAAN MAKLUMAT PERIBADI
Data peribadi yang direkodkan melalui persetujuan pengguna bagi tujuan sumbangan kepada YWM adalah sebagaimana berikut:
a. Nama
b. Nombor Kad Pengenalan
c. Alamat yang berkaitan
d. Emel
e. No telefon
f. Butiran sumbangan yang berkaitan
KESELAMATAN DATA
Halaman ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
PINDAAN DASAR
Sekiranya terdapat pindaan dan penambahbaikan kepada dasar privasi ini, pindaan tersebut akan dikemaskini di halaman ini.
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan YWM tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari aplikasi ini.
PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS
Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan dasar privasi sila maklumkan melalui emel kepada info@ywm.gov.my
Kongsi Kongsi