MAKLUMAT PROGRAM DANA P.U.L.I.H

LATAR BELAKANG PROGRAM

a. Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mewujudkan Program Dana P.U.L.I.H (Peralatan Untuk keLengkapan dan pemulIhan Hospital) COVID-19 di bawah Sijil Wakaf Tunai Kesihatan pada 1 November 2020.

b. Program ini bertujuan mengumpul dana wakaf bagi menyediakan peralatan dan kelengkapan hospital khususnya kepada hospital-hospital rujukan bagi mengendalikan kes COVID-19.

c. Kelulusan potongan cukai kepada pewakaf yang berwakaf kepada YWM di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967 telah tamat pada 31 Disember 2021 dan dalam tindakan penyambungan. Justeru, semua pewakafan bermula 1 Januari 2022 adalah tidak layak mendapat potongan cukai sehingga dimaklumkan oleh YWM dari semasa ke semasa.

SUMBANGAN KEPERLUAN DAN PERALATAN HOSPITAL

a. YWM telah memperuntukkan RM1,406,100.00 bagi tujuan membeli peralatan dan kelengkapan untuk 3 buah hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

b. Peralatan dan kelengkapan yang telah disediakan adalah:

Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (RM634,400.00)

Bil.

Peralatan

Kuantiti (Unit)

i.

Vital Sign Monitor (wall mounted) with end tidal CO2 and SPO2 capability

1

ii.

Portable Vital Sign Monitor with SPO2 and ETCO2

1

iii.

Portable Vital Sign Monitor with SPO2

6

iv.

Portable Ventilator

1

v.

Defibrillator

1

vi.

Portable Ultrasound Machine (3 probes)

1

vii.

Infusion Pump

8

viii.

ECG Machine

2

x.

ISOPOD Negative Pressure Patient Transfer System with Flter

1

xi.

Negative Pressure for Isolation Room

2

xii.

PAPR with Filter

3


Hospital Sungai Buloh (RM275,200.00)

Bil.

Peralatan

Kuantiti (Unit)

i.

Set katil pesakit beserta tilam

100

ii.

Tilam Tambahan

160

iii.

Loker Berkunci 4 Pintu

50

iv.

Magnetic Whiteboard

50


Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan (RM 496,500.00)

Bil.

Peralatan

Kuantiti (Unit)

i.

ICU Bed

5

ii.

ICU Monitor

5

iii.

Syringe Pump

15

iv.

Infusion Pump

5

c. Mengambilkira aset-aset tersebut diklasifikasikan sebagai harta wakaf alih dan perlu dipastikan manfaatnya terpelihara, YWM juga telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Aset Wakaf yang akan memperincikan kaedah pengendalian aset merangkumi kaedah tagging, perekodan, penggunaan, pindah milik / alih aset, kos pengendalian dan pelupusan untuk diserahkan kepada pihak hospital.


“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)

TUNAIKAN WAKAF ANDA SEKARANG!


Kongsi Kongsi