Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Antara Yayasan Waqaf Malaysia, Kenanga Investors Berhad & Match Foundation Bagi Pelaksanaan Kerjasama Dana Wakaf Bencana Siri 1 Bil. 1/2025
09-01-2025

Putrajaya, 9 Januari 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Kenanga Investors Berhad (KIB) dan Match Foundation Bagi Pelaksanaan Kerjasama Dana Wakaf Bencana Siri 1 Bil. 1/2025 bertujuan bagi membentangkan prestasi pelaburan YWM di dalam KIB dan meluluskan cadangan untuk agihan dana wakaf bencana kepada NGO-NGO yang berkelayakkan serta membincang dan meneliti isu-isu seperti pengagihan dan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Dana Wakaf Bencana.

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil daripada KIB yang terdiri daripada Tuan Megat Mizan Nicholas Denney, Pengarah Kenanga Islamic Investors Berhad, Puan Mariam Veronica binti Abu Bakkar Seddek, Pengarah Ketua Kumpulan Institusi dan Pengurusan Pelaburan Islamik, Raja Shahrul Azrain bin Raja Aman, Pengarah Eksekutif Kenanga Islamic Investors Berhad dan Encik Muhammad Izwan Sohaimi. Turut hadir mewakili Match Foundation ialah Puan Suhana Sidik, Ahli Pemegang Amanah dan Puan Sheila Julis. Manakala YWM diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Semoga Allah SWT memberkati dan memudahkan amanah yang telah digalas oleh YWM ini agar kemaslahatan ummah dapat terus diperkasa di Malaysia, Insya-Allah.


Kongsi Kongsi