Majlis Amanat Tahun 2025 Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia
08-01-2025Putrajaya, 8 Januari 2025 - Bersempena tahun baharu 2025, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menitipkan amanat mengenai komitmen agensi untuk pembangunan wakaf negara dan usaha mempergiat kerjasama peringkat global dalam satu pertemuan khas bersama warga kerja YWM. Selain itu, turut dibentangkan adalah prestasi YWM sepanjang tahun 2024. YBrs. Dr. Ridzwan Bakar juga menzahirkan penghargaan kepada semua kerana menjadi tulang belakang atas pencapaian YWM. Dalam majlis yang sama, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar telah menyampaikan watikah kenaikan pangkat kepada tiga (3) pegawai manakala watikah lantikan tetap kepada sembilan (9) pegawai.
Semoga semua warga kerja YWM terus bekerja keras ikhlas kerana Allah, Insya Allah semuanya akan dipermudahkan dan impian untuk melihat wakaf berjaya di Malaysia dan mata dunia pasti berjaya.
TERKINI
Kongsi Kongsi