Aktiviti
Program Pembersihan Pasca Banjir Di Terengganu Oleh Skuad Musa'adah Al-Falah MADANI
05-01-2025

Hulu Terengganu, 5 Januari 2025 – Seramai 60 orang petugas terdiri daripada kakitangan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berkampung di negeri Terengganu bagi menjayakan Program Pembersihan Pasca Banjir Skuad Musa'adah Al-Falah MADANI. Melalui program ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selaku Sekretariat Musa’adah telah mengenalpasti tiga lokasi tumpuan iaitu:

  1. Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu;
  2. Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu; dan
  3. Kemasik, Kemaman.

Selain terlibat dengan kerja-kerja pembersihan rumah penduduk dan masjid, Skuad Musa'adah Al-Falah MADANI turut menyantuni mangsa banjir dengan memberi sumbangan serta menyedia jamuan makan tengahari bersama penduduk di SK Lubuk Periuk. Aktiviti berlangsung bermula jam 8.30 pagi sehingga 7.00 petang. Terima kasih kepada semua pihak yang bersama menjayakan misi ini. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan berpanjangan.


Kongsi Kongsi