Mesyuarat Jawatankuasa Induk (Khas) myWaqafPTPTN BIL.1/2024
04-10-2024Putrajaya, 4 Oktober 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk (Khas) myWaqafPTPTN Bil. 1/2024 telah diadakan dipejabat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dipengerusikan oleh Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Eksekutif YWM. Turut bersama dalam mesyuarat ini adalah barisan pengurusan tertinggi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif, Puan Mastura binti Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi dan Encik Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan serta pegawai kanan kedua-dua agensi. Antara agenda yang dibincangkan adalah pembentangan kertas kerja, semakan isu teknikal, dan agihan myWaqafPTPTN serta hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini bertujuan untuk memperkukuh usaha kolaborasi dalam memastikan agihan waqaf dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi tujuan pembangunan pendidikan tinggi negara.
Kongsi Kongsi