Sesi Lawatan Yayasan Waqaf Malaysia Ke Hutan Simpan Sg. Besi & Hutan Simpan Sg. Besi Tambahan
03-10-2024Kuala Lumpur, 3 Oktober 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk menghadiri Sesi Lawatan ke Hutan Simpan Sg. Besi dan Hutan Simpan Sg. Besi Tambahan anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM). Semua ahli yang terlibat dalam program ini telah diberikan taklimat oleh pihak JPSM mengenai usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan yang dilaksanakan oleh pihak kementerian dan jabatan di hutan simpan ini. Lawatan ini sedikit sebanyak telah memberi pelbagai pendedahan kepada YWM mengenai kepentingan hutan dan YWM sentiasa komited untuk bersama-sama ke arah usaha memelihara dan memulihara warisan masa depan negara ini. Semoga segala usaha semua pihak dipermudahkan dan bakal membuahkan hasil yang bermanfaat untuk ummah, Insya Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi