Aktiviti
Program Round Table Discussion Projek Hasan 2024 oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah
30-07-2024

Alhamdulillah, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima jemputan istimewa dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) untuk menghadiri Round Table Discussion (RTD) Projek Projek Hassan selama dua hari di Rania Hotel & Convention Centre, Alor Setar. YWM diwakili oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Encik Mohd Bokhari bin Mat Doa, Pengurus Bahagian Kewangan dan Encik Zainul Affiq bin Zainal Abidin, Pegawai Tugas-tugas Khas.

Program ini juga turut dihadiri wakil-wakil daripada sektor perbankan Islam, wakil Bank Negara Malaysia, Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia dan pihak-pihak berkepentingan, menjadikan acara ini platform penting untuk perkongsian dan kolaborasi dalam kemajuan Projek Hassan LZNK. Program dimulakan dengan perjalanan ke Tapak Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) di Yan dan seterusnya lawatan ke Kilang Padi yang telah dibeli oleh LZNK.

RTD yang dijalankan bertujuaan untuk memberikan gambaran operasi Projek Hasan yang melibatkan SBBA dan Kilang Padi di Yan. Selain itu ia merupakan satu medan bagi percambahan idea bagi menentukan mekanisma pengumpulan dana bagi tujuan pembangunan kilang padi dan kelestarian Projek Hassan.

Kedit Gambar: LZNK


Kongsi Kongsi