Aktiviti
Program Santuni Madani - Mini Karnival Kampung Angkat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
27-07-2024

Kuala Lumpur, 24 Julai 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar telah menyertai Program Santuni Madani - Mini Karnival Kampung Angkat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Kampung Baru. Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Naim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama YB Dr. Zaliha Mustafa , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Turut hadir iaitu YBhg. Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Baharu, Ketua-Ketua Agensi dan dif-dif kehormat.

Kampung Baru dipilih menjadi Kampung Angkat YB Senator Dato' Setia Dr. Naim kerana beliau merupakan anak jati kampung ini. Program ini diadakan bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri Malaysia bagi menyelami masalah yang dihadapi oleh rakyat selain untuk menggerakkan program-program pembangunan nilai Madani.

YWM juga tidak ketinggalan untuk membuka kaunter wakaf bersama semua agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menawarkan perkhidmatan masing -masing di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Pada sebelah malam, telah berlangsung Majlis Selawat Perdana dan Tausiyah oleh Habib Nael Ben Taher di Masjid Jamek Kampung Baru.


Kongsi Kongsi