Hari Kesihatan Yayasan Waqaf Malaysia
20-06-2024Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mengadakan “Hari Kesihatan YWM” dengan kerjasama Klinik Dr. Najwa di pejabat YWM. Menerusi program ini, pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh kepada semua pegawai YWM telah dijalankan. Manakala staf Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan subsidiari YWM turut dijemput untuk mendapatkan pemeriksaan percuma seperti pemeriksaan glukosa, ujian tekanan darah dan konsultansi kesihatan. Dr. Syarifah Najwa Syed Ahmad, Pengarah Perubatan Klinik Dr. Najwa Sdn. Bhd. turut bersama dalam program ini dengan menyampaikan taklimat kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan yang diadakan ini merupakan salah satu usaha pihak YWM dalam menjaga kebajikan kakitangan demi memastikan kesihatan kakitangan berada pada tahap yang baik dan sebagai langkah pencegahan awal. Semoga usaha ini dapat mendidik warga kerja YWM untuk menjaga tahap kesihatan dan menjalani gaya hidup yang sihat. Diharapkan juga semua kakitangan YWM terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaiknya, Insya Allah.
Kongsi Kongsi