Aktiviti
DANA PERLU YWM AGIH 40 PEK MAKANAN KERING KEPADA PARA PELAJAR B40 SMK TAMAN KOSAS, AMPANG, SELANGOR
07-07-2021

Ampang, 7 Julai 2021 - Kami mendapat perkhabaran daripada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang bahawa terdapat 40 orang pelajar sekolah ini sedang memerlukan bantuan segera. Menurut pihak sekolah yang diwakili oleh Cikgu Ainiey memaklumkan, para pelajar ini terdiri daripada keluarga B40 dan ada antara ibu bapa mereka terjejas pendapatan sejak pandemik Covid19 melanda. Prihatin dengan keadaan mereka, kami terus menyediakan pek makanan kering untuk diserahkan kepada semua pelajar ini.

Alhamdulillah, urusan dipermudahkan dengan kerjasama pihak SMK Taman Kosas. Lega sedikit hati kami melihat kegembiraan di wajah para penerima. Sumbangan dari YWM ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit kegusaran kepada ibu bapa dan secara tidak langsung memberi ketenangan kepada anak-anak ini untuk fokus dalam pelajaran.

Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para guru-guru, pihak pengurusan SMK Taman Kosas dan pihak PDRM yang banyak membantu YWM mengagihkan sumbangan ini.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi