Aktiviti
DANA PERLU YWM AGIH 30 PEK MAKANAN KERING KEPADA KOMUNITI MEMERLUKAN DI KG. LABOHAN DAGANG
04-07-2021

Banting, 4 Julai 2021 - Yayasan Waqaf Malaysia telah mendapat perkhabaran bahawa terdapat beberapa buah keluarga di kawasan Kampung Labohan Dagang, Banting di dalam keadaan memerlukan. Terdapat daripada kalangan mereka kekurangan bekalan makanan dan ada juga yang telah terputus bekalan makanan akibat pendapatan terjejas sejak PKP 3.0 ini. Sayu dan sedihnya kami mendengar perkhabaran sebegini. Maka, kami terus menyediakan pek makanan kering untuk diserahkan kepada semua keluarga ini.

Alhamdulillah, urusan dipermudahkan dengan kerjasama Pemuda Masjid Al-Mutamainnah Kg. Labohan Dagang diketuai oleh Ustaz Mus dan rakan-rakan. Lega sedikit hati kami melihat kegembiraan di wajah para penerima. Berulang-ulang kali mereka menzahirkan rasa syukur atas sumbangan ini.

Sumbangan dari YWM ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya ia dapat memecahkan kebuntuan si ayah atau si ibu tunggal mendapatkan bekalan makanan untuk keluarga.

Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Pemuda Masjid Al-Mutamainnah Kampung Labohan Dagang, Banting yang membantu YWM mengagihkan sumbangan ini.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi