Aktiviti
29 PENGUSAHA DAN PEMANDU BAS PERSIARAN DI KLANG DIBANTU MELALUI DANA PERLU YWM
02-07-2021

Klang, 2 Julai 2021 - Semenjak industri pelancongan ditutup dan aktiviti rentas negeri tak dibenarkan, pendapatan 29 pengusaha dan pemandu bas persiaran di Klang ini mula terjejas. Sebelum ni, bas sentiasa bergerak mengelilingi Semenanjung Malaysia. Tapi sekarang, bas hanya mengelilingi kawasan kampung mereka sahaja. Itu pun sebab nak 'panaskan enjin'.

Turut akui semasa di awal PKP tempoh hari mereka langsung tiada kerja kerana tiada siapa yang menggunakan perkhidmatan bas mereka. Saban hari memikirkan mana nak cari duit untuk bayar hutang pinjaman bas, nak bayar gaji pekerja. Kehidupan perlu diteruskan kerana ada 'amanah' yang perlu dijaga di rumah. Alhamdulillah, ada di antara mereka yang membuka perniagaan kecil-kecilan dan ada juga yang menjadi runner. Cukuplah untuk memastikan bekalan makanan tak putus.

Prihatin terhadap masalah yang dihadapi golongan ini, YWM tampil membantu. Tak banyak yang kami dapat tolong, tapi InsyaAllah dapat mengurangkan sedikit beban. Kelihatan riak gembira di wajah mereka.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak Yayasan Waqaf Malaysia".

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPerlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi