Aktiviti
DANA PERLU YWM AGIH 38 PEK MAKANAN KERING KEPADA KELUARGA PELAJAR SK LABOHAN DAGANG
02-07-2021

Banting, 2 Julai 2021 - Setelah mendapat perkhabaran terdapat beberapa keluarga pelajar SK Labohan Dagang, Banting yang terjejas pendapatannya akibat pandemik Covid-19, kami terus menyediakan pek makanan kering untuk diserahkan kepada keluarga ini. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan dan terpancar kegembiraan di wajah para penerima. Berulang-ulang kali menzahirkan rasa syukur atas sumbangan ini.

Sumbangan ini tidaklah sebesar mana, tapi sekurang-kurangnya ia dapat memecahkan kebuntuan si ayah mendapatkan bekalan makanan untuk keluarga. Kami mendoakan agar para penerima ini sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan harian mereka.

Terima kasih pihak pengurusan sekolah yang telah membantu YWM mengagihkan sumbangan ini.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program #DanaPerlu di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi