Aktiviti
Mesyuarat Retreat Perancangan Pelan Strategik YWM 2024 - 2028 Siri 2
28-07-2023Melaka , 28 Julai 2023- Telah berlangsung Mesyuarat Retreat Perancangan Pelan Strategik YWM Siri 2 bagi tahun 2024 - 2028 pada 28 hingga 30 Julai 2023 bertempat di Imperial Heritage Hotel Melaka. Antara tujuan mesyuarat ini adalah untuk mengemaskini penyediaan rangka Pelan Strategik YWM dalam jangka masa 5 tahun.
Sesi ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan dihadiri oleh semua Ketua Bahagian, Pegawai Eksekutif dan Penolong Pegawai Tadbir YWM serta wakil anak syarikat dari Perbadanan Wakaf Nasional Berhad dan YWM MAIN Holdings.
Semoga matlamat dan strategi yang dirangka dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan dan memberi impak kepada pembangunan wakaf di Malaysia, insya-Allah.



TERKINI
Kongsi Kongsi