Pembukaan Kaunter Wakaf YWM Sempena Program Kesedaran Berwakaf Peringkat Negeri Terengganu 2023 dan Pelancaran Aplikasi Geospatial Tanah Wakaf MAIDAM
26-07-2023Kuala Terengganu, 26 Julai 2023 - YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta YB. Dato' Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) juga turut berkesempatan singgah dan meluangkan masa di kaunter wakaf YWM.
Orang ramai dijemput hadir ke reruai Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang menawarkan perkhidmatan kaunter wakaf tunai, panduan pendaftaran Sistem Wakaf Tunai Malaysia, permohonan potong gaji wakaf, konsultasi wakaf dan semakan resit / penyata wakaf. Selain itu, pengunjung akan mendapat pelbagai informasi wakaf serta sorotan peranan YWM sebagai sebuah entiti wakaf di peringkat Persekutuan yang membantu usaha Majlis Agama Islam Negeri mengembangkan wakaf di Malaysia. Dengan RM1 sahaja anda dah boleh berwakaf.
Kepada para pewakaf yang telah membuat sumbangan, ribuan penghargaan diucapkan. Semoga Allah SWT limpahkan ganjaran pahala berlipat kali ganda kepada anda semua, Insya-Allah.


TERKINI
Kongsi Kongsi