Aktiviti
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Risiko Yayasan Waqaf Malaysia (JKPR) Siri 2 Bil. 2/2023
25-07-2023

Putrajaya, 25 Julai 2023 - Telah berlangsung Mesyuarat JKPR yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Aida binti Othman bagi mengganti jawatan Pengerusi yang kosong pada ketika ini. Dalam sesi ini, ahli mesyuarat telah menilai usul yang dibawa oleh YWM dan menentukan tahap risiko usul tersebut dari sudut kewangan, reputasi, integriti, pelaburan, sumber manusia dan pengurusan. Turut hadir pegawai-pegawai kanan YWM yang diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM.


Kongsi Kongsi