Aktiviti
Majlis Jamuan Raya Bersama Peserta Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0
19-05-2023

Kelana Jaya, 19 Mei 2023 - Majlis Jamuan Hari Raya bersama peserta Program iTekad CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0 anjuran Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan CIMB Islamic Bank Berhad telah diadakan di TH Hotel Kelana Jaya, Selangor.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM. Turut hadir YBhg. Dato’ Mustapa Haji Othman, Ketua Pegawai Eksekutif YBM, En. Hanif bin Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR, wakil CIMB Islamic Bank dan Taylor’s Community.

Majlis diadakan bertujuan meraikan sambutan bulan Syawal bersama para peserta dan memberi penghargaan kepada peserta yang telah bekerja keras untuk mencari rezeki melalui program yang dilaksanakan.

Terima kasih diucapkan kepada YBM yang bersama-sama menjayakan program ini.


Kongsi Kongsi