YWM Santuni Kakitangan Puteri Bay Hotel Melaka
19-04-2023Melaka, 19 April 2023 - Bersempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2023, Yayasan Waqaf Malaysia pada hari ini telah menyantuni kakitangan sepenuh masa Puteri Bay Hotel Melaka. Sumbangan #WakafPrihatinYWM dalam bentuk kotak makanan kering telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan lagi hari-hari terakhir bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi. Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua #pewakaf dan penyumbang Dana CSR YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU. Sumbangan anda kami agih.


TERKINI

Ke Arah Penubuhan Permodalan Wakaf Berhad
29-04-2025Kongsi Kongsi