Majlis Penyerahan Dana Wakaf Masjid Hijau
31-03-2023Bangi, 31 Mac 2023 - YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Wakaf Masjid Hijau.
Bagi pelaksanaan peringkat pertama ini, Dana Wakaf Masjid Hijau (WMH) berjumlah RM190,000 telah diagihkan kepada empat (4) buah masjid bagi melaksanakan inisiatif hijau.
YBM NRECC bersama KP JAWHAR merangkap Naib Pengerusi YWM telah menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang diwakili oleh YBrs. Ts Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif MGTC dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diwakili YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
YBM NRECC turut menyerahkan Plak Rumah Ibadat Hijau kepada tiga (3) masjid pertama yang telah berjaya menunjukkan pengurangan karbon berbanding penanda aras yang telah ditetapkan iaitu Masjid Al-Hasanah, Selangor; Masjid Jamek Ara Kuda, Pulau Pinang dan Masjid Zaid bin Haritsah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Turut hadir YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi YWM serta YBhg. Dato' Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) NRECC dan YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
TERKINI
Kongsi Kongsi