Aktiviti
Majlis Apresiasi Pewakaf YWM Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
11-04-2023

Kuala Terengganu, 11 April 2023 - Sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2023, Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pewakaf di Grand Puteri Hotel (JAWHAR-MAIDAM), Kuala Terengganu sebagai tanda menghargai para pewakaf khusunya yang berada Terengganu.

Dengan tema “Wakaf Membangun Malaysia MADANI”, hampir 150 orang pewakaf telah dijemput ke majlis ini. Pewakaf yang dijemput adalah antara pewakaf yang telah mewakafkan tunai secara potongan gaji.

Majlis yang diadakan ini turut diserikan dengan slot Bicara Khas Ramadan “Untungnya Seorang Pewakaf” yang disampaikan oleh YB. Dato' Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, En. Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM, En. Hanif bin Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR, En. Tengku Ahmad Radzman Shah, Pengarah Kumpulan Sektor Awam CIMB Bank, En. Muhammad Arif Hariffin, Pengarah Serantau Wilayah Timur CIMB Bank, En. Mohd Zaid Bin Othman, Pengarah Pemasaran Strategik dan Tanggungjawab Korporat CIMB Islamic Bank.

Majlis seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pewakaf dengan YWM atau MAIDAM yang merupakan pihak yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan pewakafan mereka.

Untuk makluman, terdapat seramai 234 orang pewakaf dari negeri Terengganu yang berwakaf secara tunai melalui potongan gaji.

Terima kasih diucapkan kepada MAIDAM yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga dengan majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua agensi wakaf di Malaysia.

Terima kasih pewakaf!


Kongsi Kongsi