Yayasan Waqaf Malaysia Santuni Masyarakat Orang Asli Di Kampung Donglai Baru, Semenyih, Selangor
15-04-2023Semenyih, 15 April 2023 - Bersempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2023, Yayasan Waqaf Malaysia pada hari ini telah menyantuni masyarakat Orang asli di Kampung Donglai Baru, Semenyih, Selangor. Kedatangan kami telah disambut oleh Encik Hisham bin Iban, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Donglai Baru. Beliau memaklumkan kebanyakkan masyarakat setempat bekerja sendiri untuk menyara kehidupan mereka dan pendapatan yang mereka raih hanya cukup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Prihatin dengan nasib masyarakat Orang asli di Kampung Kampung Donglai Baru ini, YWM yang diwakili oleh Encik Aflah bin Aminudin, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pemasaran dan Korporat telah menyampaikan sumbangan Wakaf Prihatin YWM dalam bentuk kotak makanan kering dan beras.
Untuk makluman, terdapat 100 buah keluarga menerima sumbangan ini. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan lagi hari-hari terakhir bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang.
Sumbangan anda, sinar buat mereka.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU. Sumbangan anda kami agih.
Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.
TERKINI
Kongsi Kongsi