Aktiviti
Sumbangan Wakaf Prihatin YWM Terus Santuni Keluarga Miskin & Golongan Asnaf
15-04-2023

Kuala Lumpur, 15 April 2023 - Agihan Sumbangan Wakaf Prihatin YWM terus giat dijalankan sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2023. Kali ini kami mendapat maklumat melalui Persatuan Kebajikan Ziarah Kasih Kuala Lumpur (PKZKKL) bahawa 90 buah keluarga yang terdiri daripada keluarga miskin, ibu tunggal dan warga emas di sekitar Wangsa Maju memerlukan makanan segera.

Prihatin dengan keadaan mereka, kami menyediakan pek makanan kering dan beras untuk diserahkan kepada semua keluarga ini di dalam satu majlis yang diadakan oleh PKZKKL di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Kuala Lumpur. Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Aflah bin Aminudin, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM kepada semua penerima yang hadir.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan lagi hari-hari terakhir bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang.

Sumbangan anda, sinar buat mereka.

‎جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU. Sumbangan anda kami agih.

Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.


Kongsi Kongsi