Misi Bantuan Banjir YWM & Skuad Musa'adah MADANI Ke Batu Pahat & Kluang, Johor
16-03-2023Batu Pahat, 16 Mac 2023 - Skuad Musa'adah Madani Agensi YB Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengambil inisiatif menyampaikan bantuan banjir di daerah Batu Pahat dan Kluang, Johor.
Majlis simbolik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM. Manakala, sumbangan Wakaf Prihatin YWM telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM kepada Pegawai Daerah Daerah Batu Pahat dan Kluang, Johor. Turut hadir majlis ini ialah wakil agensi agama daripada Yayasan Taqwa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Tabung Haji, serta wakil penduduk setempat.
YWM hadir sebagai tanda kami ada untuk anda. Hari ini mungkin mereka memerlukan pertolongan dari kami, esok lusa mungkin kami pula memerlukan pertolongan dari mereka.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah Al-Insyirah, ayat 5-6)
Terus follow YWM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kami! Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.
TERKINI
Kongsi Kongsi