Aktiviti
Wakaf Tunai, 'Unlimited' Pahala 'Flow' Buat Akaun Akhirat Anda : Agihan RM10,000 Wakaf Tunai Malaysia kepada Surau Al-Jawahir IKBN Miri
08-02-2023

Miri, 8 Februari 2023 - Alhamdulillah, telah siap dipasang sepenuhnya dan akan dirasai oleh semua jemaah masjid yang datang mengimarahkan rumah Allah SWT ini.

Sebanyak RM10,000 daripada Dana Wakaf Tunai Malaysia YWM telah diagihkan bagi tujuan pembelian karpet baharu di Surau Al-Jawahir IKBN Miri Kerja-kerja pemasangan karpet baharu ini telah bermula pada 4 Februari 2023 dan siap dipasang sepenuhnya pada 8 Februari 2023.

Surau Al-Jawahir IKBN Miri ini merupakan surau utama bagi warga IKBN Miri, penduduk sekitar dan turut menjadi persinggahan wajib bagi para musafir khususnya dari Brunei Darussalam untuk menunaikan solat. Semoga dengan penggantian karpet baharu ini akan memberikan keselesaan buat para jemaah yang hadir solat dan mengimarahkan rumah Allah SWT ini.

Semoga dengan pewakafan tuan / puan ini dapat mengalirkan pahala tanpa henti ke akaun akhirat anda, yang akhirnya akan menjadi bekalan abadi buat para pewakaf. Terima kasih Pewakaf.


Kongsi Kongsi