Aktiviti
Sesi Dialog bersama YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
09-02-2023

Johor Bahru, 9 Februari 2023 - Telah berlangsung pada hari ini sesi dialog bersama YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai Pembangunan Ekosistem Kesihatan berdasarkan Konsep Waqaf sebagai Instrumen Menangani Kos Sara Hidup. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YWM) dan Puan Nur Syaffina binti Ab Rahim, Pengurus Dasar dan Pembangunan YWM.

Terima kasih diucapkan kepada pihak KPDN di atas jemputan dan semoga sesi perkongsian ini menjadi pemangkin kepada pembangunan kesihatan dan wakaf di Malaysia, Insya Allah.


Kongsi Kongsi