Aktiviti
DOA UNTUK TURKIYE & SYRIA
07-02-2023Kita dikejutkan dengan tragedi gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 yang menggegarkan tengah Turkiye dan barat laut Syria. Setakat malam semalam, angka kematian dalam kejadian gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 1,498 selain sekurang-kurangnya 810 orang turut terbunuh di Syria.
Mari kita sama-sama doakan semoga rakyat Turkiye dan Syria diberikan ketabahan dalam menghadapi tragedi ini dan digantikan dengan kebaikan yang lebih baik.
Takziah kepada seluruh mangsa di Turkiye dan Syria.
Daripada Seluruh Warga Yayasan Waqaf Malaysia
TERKINI
Kongsi Kongsi