Aktiviti
Mesyuarat Perancangan Pelan Strategik YWM 2023 - 2027
27-01-2023

Melaka, 27 Januari 2023 - Telah berlangsung Mesyuarat Perancangan Pelan Strategik YWM bagi tahun 2023-2027 pada 27 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Bayview Hotel, Melaka. Antara tujuan mesyuarat ini adalah untuk merangka dan menyediakan Pelan Strategik YWM dalam jangka masa 5 tahun. Sesi ini telah diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM yang turut menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan dihadiri oleh semua ketua bahagian dan pegawai eksekutif YWM.

Semoga matlamat dan strategi yang dirangka dapat dilaksanakan dengan baik, berkesan dan memberi impak kepada pembangunan wakaf di Malaysia. Insya Allah.


Kongsi Kongsi