Ucapan Tahun Baharu Warga Yayasan Waqaf Malaysia
31-12-2022Seluruh Warga Yayasan Waqaf Malaysia mengucapkan terima kasih kepada para pewakaf yang telah menyumbang Wakaf Tunai dan Dana CSR Prihatin kepada YWM sepanjang tahun 2022. Kami sentiasa mendoakan para pewakaf diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan semoga harta yang diwakafkan menjadi bekalan indah menuju ke akhirat kelak.
InsyaAllah, setiap pewakafan anda akan disempurnakan oleh Yayasan Waqaf Malaysia sebaik-baiknya.
Firman Allah SWT: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas Rahmat (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya” (Al-Baqarah : 261)
Selamat Tahun Baharu 2023M
TERKINI
Kongsi Kongsi