Aktiviti
Agihan Dana Cakna Ehsan Armalah Yayasan Waqaf Malaysia - Yayasan Muslimin
23-12-2022

Batangkali, 23 Disember - Melalui Tabung Cakna Armalah di bawah Program Cakna Ehsan Armalah, Yayasan Waqaf Malaysia bersama Yayasan Muslimin telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM8,496.00 kepada tiga buah keluarga ibu tunggal yang memerlukan di Batangkali, Selangor.

Sumbangan yang disampaikan adalah keperluan perniagaan berupa peralatan memasak seperti oven, freezer, periuk kukus dan lain-lain. Sumbangan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia dan YBhg. Ustaz Abdul Halid bin Sintol, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Muslimin. Turut bersama dalam program ini juga adalah Nazir Masjid Batangkali, warga kerja Yayasan Muslimin dan warga kerja Yayasan Waqaf Malaysia.

Penerima pertama ialah Puan Zurainah binti Mohd, ibu tunggal yang menyara 2 orang anak yang masih bersekolah. Beliau yang merupakan surirumah sepenuh masa ini telah mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah dengan menjual kuih frozen seperti karipap, cucur badak dan lain-lain.

Penerima kedua ialah Puan Normi binti M. Norman, ibu tunggal yang menyara 2 orang anak yang masih bersekolah dan juga menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah dengan menjadi stokis kepada sebuah syarikat perniagaan kek tempatan.

Manakala, penerima terakhir ialah Puan Sarimah binti Alias, ibu tunggal yang menyara 2 orang anak yang masih bersekolah dan dan menjalankan perniagaan gerai makan sebagai punca pendapatan mereka.

Semoga dengan sumbangan tersebut dapat membantu penerima meningkatkan hasil pendapatan seterusnya menambah baik keadaan ekonomi mereka dan keluarga. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh layari www.ywm.gov.my/wakaf-online dan pilih 'Wakaf Khas/Projek atau melalui platform toyyibPay https://toyyibpay.com/Tabung-Cakna-Armalah


Kongsi Kongsi