Aktiviti
Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) YWM Siri 41 Bil. 4/2022
20-12-2022

Putrajaya, 22 Disember 2022 - Telah berlangsung MALPA YWM Siri 41 Bil. 4/2022 yang telah dipengerusikan buat julung kalinya oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi YWM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat & Haji, YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo merangkap Timbalan Pengerusi MALPA, YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan para ahli MALPA yang terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN).

Semoga usaha semua pihak yang terlibat dalam pembangunan wakaf di Malaysia ini diberkati olehNya.


Kongsi Kongsi