Majlis Pelepasan Skuad Musa'adah Agensi Di Bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ke Pantai Timur
22-12-2022Putrajaya, 22 Disember 2022 - Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pelepasan Skuad Musa'adah Agensi Di Bawah YB Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama) Ke Pantai Timur yang disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). Turut bersama majlis ini ialah YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan ketua-ketua agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).
Pada misi kali ini, Tabung Musa’adah JAKIM-YWM memperuntukkan RM500,000.00 untuk membantu mangsa-mangsa banjir seluruh negara terutamanya di negeri pantai timur seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mangsa yang terkesan akibat musibah banjir ini akan disantuni tanpa melihat kepada agama, keturunan dan bangsa.
Terima kasih kepada penyumbang Tabung Musa'adah JAKIM-YWM. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini. Semoga dengan sumbangan anda semua dapat meringankan beban mereka yang terjejas.
Untuk menyumbang, anda boleh ke akaun Yayasan Waqaf Malaysia CIMB Islamic Bank Berhad di 86-0221818-6 dan masukkan rujukan : JAKIM.
TERKINI
Kongsi Kongsi