Majlis Penyerahan Bantuan Motosikal Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0
19-12-2022Kuala Lumpur, 19 Disember 2022 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Motosikal Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur 2.0 anjuran Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), CIMB Islamic Bank Berhad dan (YBM) di Pusat Belia Yayasan Belia Malaysia (YBM) di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Encik Mohd Zaid bin Othman, Pengarah Pemasaran Strategik dan Korporat CIMB Islamic Bank Berhad bersama-sama Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBhg. Dato' Mustapha bin Hj. Othman, Ketua Pegawai Eksekutif YBM dan Encik Kelvin Chan, Pengarah Operasi Foodpanda. Turut hadir bersama di dalam majlis ini adalah pihak pengurusan Taylor's Education Group.
Alhamdulillah, sebanyak 32 buah motosikal telah diserahkan kepada semua peserta yang telah berjaya dalam sesi tapisan dan pemilihan yang telah dilaksanakan. Para peserta juga diberikan kelengkapan barang Foodpanda bagi permulaan sebagai penghantar makanan.
Matlamat program ini ialah menyediakan kemudahan bagi membantu khususnya golongan B40 dan asnaf dalam mencari pendapatan untuk kelangsungan hidup mereka. Selain memberi peluang pekerjaan, mereka juga akan diberikan peluang untuk mengikuti kursus keusahawanan yang akan dilaksanakan oleh pihak Taylor's University.
Kami mendoakan semua para peserta dapat menjalankan tugas dan kerjaya dengan disiplin dan dedikasi. Selamat maju jaya dan berhati-hati di jalanraya.
TERKINI
Kongsi Kongsi