Aktiviti
Program Konvoi dan Amal Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka
18-12-2022

Melaka, 18 Disember 2022 - Sekitar Program Konvoi dan Amal Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka. Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Senator Dato' Setia Dr. Na'im, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia telah menyerahkan pek makanan Dana PERLU Yayasan Waqaf Malaysia dan wang tunai kepada Encik Muhammad Fady bin Taufek, penerima bantuan asnaf MAIM dan Program MyHAUS JAWHAR.

Pada majlis yang sama, YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menyampaikan sumbangan daripada MAIM dan sumbangan Program MyHAUS Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Terima kasih penyumbang zakat dan wakaf. Semoga anda semua dikurniakan ganjaran pahala berpanjangan, Insya Allah.


Kongsi Kongsi