Aktiviti
Kunjungan Hormat RIVIL Sdn Bhd Ke Yayasan Waqaf Malaysia Bagi Sesi Taklimat Teknologi Air Alternatif Bagi Program Wakaf Air
03-11-2022

Putrajaya, 3 November 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan RIVIL Sdn Bhd yang diketuai oleh Encik Faizal Akmal, Ketua Pegawai Eksekutif.

Kunjungan ini diadakan bagi sesi sesi taklimat teknologi air alternatif bagi program Wakaf Air daripada pihak RIVIL SDN BHD yang berpotensi utk dilaksanakan di bawah program Wakaf Air iaitu Atmospheric Water Generator, AWG dan Gravity Driven Membrane.

YWM diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif juga berkongsi pengalaman dan aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada delegasi yang hadir. Turut hadir secara maya, En. Izwan Danial, Ketua Unit Wakaf Air Kementerian Alam Sekitar dan Air.


Kongsi Kongsi