Dana Manfaat Wakaf YWM Santuni Pesakit Buah Pinggang
11-11-2022Kajang, 11 November 2022 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) santuni saudara Mohd Rasidhi bin Rusli yang menghidap penyakit buah pinggang di Pangsapuri Taman Tenaga, Kajang, Selangor. Beliau kini tidak dapat bekerja kerana keadaan pergerakan beliau yang terhad.
Hampir setiap minggu beliau perlu ke hospital untuk menjalani rawatan dan proses dialisis. Pastinya memerlukan kos yang tinggi untuk membiayai rawatan beliau.
Semasa pertemuan ini, kami dapat lihat saudara Mohd Rasidhi mempunyai kesabaran yang sangat tinggi. Tidak pernah sedikit mengeluh tentang ujian yang sedang beliau hadapi malah masih bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang masih ada.
Prihatin dengan keadaan beliau, YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan sumbangan bantuan wang tunai RM1000 dan pek makanan Dana PERLU bagi meringankan beban beliau. Turut hadir Puan Norbaity Hariani binti Muhammad, Eksekutif Kanan Bahagian Pengurusan Dana dan Cik Nurain binti Hasri, Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pemasaran dan Korporat.
“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia menghulurkan sumbangan kepada saya.”
Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang wakaf YWM.
جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء
Semoga saudara Mohd Rasidhi tabah dalam menghadapi ujian yang diterima dan redha serta sabar dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
“Hilangkanlah rasa sakit Wahai Allah Rabb sekalian manusia, sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Dzat yang maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit”.
Ingat, anda tidak berseorangan. Kami ada dan akan sentiasa ada untuk anda.
TERKINI
Kongsi Kongsi