Aktiviti
Ceramah Wakaf: Berhenti yang Bukan Berhenti Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Pahang
28-10-2022Kuantan, 28 Oktober 2022 - Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Pahang kali ini, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menyampaikan ceramah wakaf yang bertajuk 'Berhenti yang Bukan Berhenti' di slot Pentas Utama Keluarga Malaysia.
Ceramah dimulakan dengan slot daripada penceramah dari MUIP dan diikuti oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Melalui sesi perkongsian ini, orang ramai didedahkan dengan perkembangan aktiviti wakaf di peringkat negeri yang dilaksanakan oleh MUIP dan peranan YWM sebagai sebuah entiti wakaf di peringkat Persekutuan yang berperanan membantu usaha Majlis Agama Islam Negeri dalam mengembangkan wakaf.
TERKINI
Kongsi Kongsi