Aktiviti
Dana Wakaf Tunai Malaysia YWM Berjumlah RM66,764.00 Telah Diagihkan Semasa Perhimpunan Agensi & Majlis Apresiasi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
19-10-2022

Putrajaya, 19 Oktober 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji telah menganjurkan Perhimpunan Agensi dan Majlis Apresiasi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 19 Oktober 2022 di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.

Dalam majlis ini, Yayasan Waqaf Malaysia telah menyerahkan Cek Cura berjumlah RM66,764.00 melalui Dana Wakaf Tunai Malaysia YWM untuk diagihkan kepada 3 buah Sekolah/Universiti bagi menyediakan keperluan untuk dimanfaatkan oleh para pelajar untuk sesi pembelajaran yang lebih baik dan bermutu.

Cek Cura tersebut telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diiringi oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Antara penerima agihan Dana Wakaf Tunai Malaysia YWM tersebut ialah:

  1. Fakulti Pergigian Universiti Malaya : RM46,764.00.00 Tujuan - Pembelian Bas Pergigian Bergerak

  2. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan : RM10,000.00 Tujuan - Pembelian Penyaman Udara

  3. Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Fateh, Raub, Pahang : RM10,000.00 Tujuan - Pembinaan Fasa 2 Masjid Al-fateh

Semoga sumbangan ini dapat memberi semangat dan manfaat kepada para pelajar dalam menuntut ilmu. YWM juga mengalu-alukan sumbangan wakaf daripada masyarakat supaya lebih banyak agihan seperti ini dapat dilaksanakan di masa hadapan.

Layari www.ywm.gov.my/wakaf-online untuk berwakaf sekarang!


Kongsi Kongsi