Aktiviti
Kunjungan Hormat Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) Ke Yayasan Waqaf Malaysia Bagi Membincangkan Kerjasama Antara Dua Agensi
19-10-2022

Putrajaya, 19 Oktober 2022 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada wakil Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) yang dihadiri oleh YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Pengerusi MyCare dan Tuan Haji Kamarul Zaman Shahrul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare.

Kunjungan hormat tersebut dimanfaatkan dengan perbincangan potensi kerjasama antara YWM dan MyCare. YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah berkongsi pengalaman dan aktiviti wakaf yang dilaksanakan oleh YWM kepada wakil MyCare yang hadir.

Semoga kunjungan hormat ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara YWM dan MyCare serta dapat mengimarahkan wakaf di negara ini.


Kongsi Kongsi