Aktiviti
Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia dalam Sesi Muzakarah Pakar "Wakaf Tenaga Boleh Diperbaharui : Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar"
20-10-2022

Bangi, 20 Oktober 2022 - Sesi Muzakarah Pakar mengenai "Wakaf Tenaga Boleh Diperbaharui : Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar" telah diadakan di Bilik Majlis, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini. Tujuan sesi ini adalah untuk meneliti pelbagai isu dan cabaran pelaksanaan wakaf tenaga yang boleh diperbaharui bagi kelestarian alam sekitar di Malaysia.

Sesi ini juga membuka peluang dan ruang kepada para pemain industri wakaf dalam meneroka kebolehlaksanaan penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui ke arah usaha kelestarian alam sekitar menerusi instrumen wakaf.

Sesi perkongsian daripada Yayasan Waqaf Malaysia telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia. Semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir.


Kongsi Kongsi